Wednesday, February 11, 2009

Tag: Tanda-tanda

Aku ditag oleh si putera-rizal dekat seminggu dah, so dengan sportingnya aku baru nak jawap sekarang...


TANDA TANDA

1. Tanda2 kamu badmood?
> Aku akan shut out semua benda dari minda aku dan duduk diam-diam dalam dunia aku

2. Tanda2 kamu marah?
> Aku tak tahu nak terangkan, mungkin sebab aku tak pandai marah, kalau jadi tu jadi la. Ada yang jenis bagi warning dulu sebelum marah, tapi aku cuma burst tiba-tiba aja.

3. Tanda2 kamu sinting?
> Aku ajak buat benda-benda yang spontaneous, cth: ajuk suara orang-orang lain atau ajak joget-joget dalam kereta dekat lampu trafik

4. Tanda2 kamu malu?
> Aku akan gelak sendiri pastu nilaikan apa silap aku tadi

5. Tanda2 kamu sedang cemburu?
> Aku akan duduk diam-diam dan plan untuk kumpul bukti

6. Tanda2 kamu sedang sedih?
> Aku akan duduk diam-diam dan biarkan angin-angin sepoi sejukkan aku

7. Tanda2 kamu gembira?
> Aku ketawa

APA

1. Apa warna baju kamu pakai sekarang?
> Shirt lengan panjang putih, aku baru saja balik dari Penang.

2. Apakah kamu termasuk orang yang suka shopping?
> Mungkin. Err, so?

3. Apakah kamu percaya love at first sight?
> Ya. Tapi kalau kau tak percaya 'love at first sight' tak apa, aku boleh menyorok dan lalu depan engkau sekali lagi

4. Apa yang ingin kamu lakukan sekarang?
> Aku baru balik dari Penang. Pagi tadi aku makan nasi lemak, hash brown, baked bean, scrambled eggs, chee cheong fun. Aku makan lunch buffet pula, lamb chops, sate, caesar salad, tomyam fish, carrot soup & garlic bread, udang masak lemak. Sekarang ini aku sedang makan malam nasi goreng cili padi dan telur bistik. Apa yang aku nak lakukan sekarang hanyalah balik rumah dan berak puas-puas!

5. Apa rasa dihati kamu saat ini?
> Panas, sebab restoran ini tak ada air-con.

BILA

1. Bila pertama kali kamu dilahirkan kedunia ini?
> 23 Oktober/27 Ramadan. Kemudian aku dilahirkan semula pada 13 Januari tahun berikutnya. Kemudian sekali lagi pada 6 Julai.

2. Bila saat terindah dalam hidupmu?
> Bila aku di tempat lain, dan aku tak fikirkan apa-apa pun, dan tak fikirkan apa-apa tu sebenarnya tak apa.

3. Bila kali terakhir dimarahi ibubapa?
> Pertengahan tahun lepas

4. Bila kali terakhir ehem ehem ehem?
> Kali terakhir aku berak adalah pagi tadi

5. Bila kamu akan married?
> 2006. Ya, bukan typo. Apa maknanya, ya?

BAGAIMANA

1. Bagaimana jika ada orang buat kamu sakit hati?
> Kadang-kadang aku belikan dia kek, kadang-kadang aku lepaskan cakap.

2. Bagaimana kalau ada orang cakap kamu lawa/hensem?
> Aku cakap 'terima kasih. bak kata ahli falsafah yunani agung homer... simpson beauty lies on the eyes of the beer holder'.

3. Bagaimana jika ada teman kamu, meninggalkan kamu?
> Aku anggap ada hikmah disebaliknya

4. Bagaimana jika ada orang tidak suka sama kamu?
> Aku rasa the feeling will be mutual

5. Bagaimana jika kamu bangun kamu di kelilingi api?
> Aku akan nyalakan rokok, kemudian cuba fahamkan situasi

6. Bagaimana jika kamu keseorangan?
> Lahir sorang-sorang, mati sorang-sorang. Pandai-pandai la manage in between tu.

5 comments:

eisz.net said...

5. Bagaimana jika kamu bangun kamu di kelilingi api?
> Aku akan nyalakan rokok, kemudian cuba fahamkan situasi

replied,

LOL, suka dgn statement nie! ihik!

Anonymous said...

errkkkk... bestnya lunch buffet... huhuhu... buffet dim sum kat mariot putrajaya best giler.. jom!!

Sankai said...

hahahaha... how honest! you are nice!! hahaha


cheers,

raden putra said...

eisz > masa bangun tu sure blur lagik, so biasanya capai rokok dulu...

awis > ok gak, tapi cukup ke makan buffet sejam jek? gitu

sankai > err... ahahahahahhaha.. kan? ok.

Zharif said...

very the membazir... dah makan sedap2 pastu berak...